Resipi Roti Jala
Bahan bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
- Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
- Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
- Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
- Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi.
No comments:
Post a Comment