Sunday, April 19, 2020

Wakaf Che Yeh

Tempat Shopping di KB - Wakaf Che Yeh BEST !

Wakaf Che Yeh



Pasar Wakaf Che Yeh ini memang sangat besar & jika anda datang ke sini, mesti tidak kurang 2 jam untuk aktiviti cuci mata sahaja. Suasana di sini mula meriah di sebelah malam sehinggalah ke awal pagi keesokannya. 

Kota Bharu bukanlah seperti di KL yang mempunyai banyak kedai mamak 24 jam atau pun midnight cineplex. Jadi jika anda mencari destinasi menarik untuk memenuhi aktiviti percutian anda di KB pada waktu malam, ini adalah salah satu tempat menarik di Kota Bharu yang disyorkan. 

Produk jualan di sini juga sangat pelbagai baik pakaian wanita, aksesori wanita, tudung, seluar jeans, jersey bola & macam-macam lagi. Jika bertandang ke sini bulan Ramadhan terutamanya beberapa sebelum hari raya, terdapat banyak jualan durian runtuh yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk membeli. 

Lapar ? Usah risau kerana di sini juga terdapat medan selera di tengah-tengah pasar yang menghidangkan pelbagai menu makanan kenegerian orang Kelantan. Pendek cerita, Pasar Malam Wakaf Che Yeh boleh dikatakan satu tempat menarik di Kelantan pada waktu malam yang paling ‘happening’ untuk dilawati kalau anda sedang bercuti di Bandar Kota Bharu. Cabaran ke sini waktu puncak hanyalah satu, iaitu susah untuk mencari parkir kereta yang dekat dengan Pasar Wakaf Che Yeh.


2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150, Kota BHaru, Kelantan

6.00 pm - 3.00 am (Setiap Hari) 


No comments:

Post a Comment