Friday, April 10, 2020

Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban

Kelebihan Nisfu Syaaban - Islam Itu Indah

Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

  •  Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  •  Lailatul Baraah (malam pelepasan), 
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan) 
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  •  Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  •  Lailatul Syafaah (malam syafaat) 
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat). 
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Keistimewaan Malam Nisfu Syaaban


Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”.

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabila tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.


No comments:

Post a Comment