Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri
1. Mandi Sunat Hari Raya
Disunnatkan melakukan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri. Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:
Cara mandi : Melakukan mandi seperti biasanya.
2. Menjamah Makanan Sebelum Keluar Solat
Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.” (Riwayat Bukhari)
3. Memperbanyakkan Takbir
Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4. Saling Mendoakan Antara Satu Sama Lain
Pada hari kemenangan ini banyakkan mengucapkan selamat. Dan saling mendoakan antara satu sama lain. Doa yang digalakkan adalah:
5. Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid
Bawa seisi keluarga menuju ke masjid. Ini bagi menghidupkan syiar Islam selain mendidik anak sedari kecil. “Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hari raya dan makan sesuatu sebelum berangkat.”
6. Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Ibnu Abbas r.a berkata: “Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari)
Kaifiat atau cara menunaikan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat. “Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah taala” Pada rakaat pertama, Imam akan mengangkat takbiratul-ihram. Disusuli tujuh takbir selepasnya. Antara selang takbir itu, baca tasbih.
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa. Seterusnya imam akan berdiri dan mengangkat lima kali takbir. Pada selang takbir itu, baca tasbih yang sama. Selesai solat, dengar khutbah hari raya.
7. Menukar Jalan Ke Tempat Solat
Kita digalakkan menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari tempat solat. Ini berdasarkan hadis dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi s.a.w biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)
8. Memakai Pakaian Terbaik
Pada hari raya ini kita digalakkan memakai pakaian terbaik. Pakaian terbaik tidak semestinya yang baru dibeli. Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya” Hadis Riwayat Al-Hakim
9. Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim
Ambil kesempatan saling ziarah menziarahi. Ucapkan selamat dan saling mendoakan. Banyakkan senyuman. Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam. Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)
10. Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal
Selesai berhari raya, ada satu tawaran istimewa. Puasa enam hari tapi pahalanya macam puasa setahun. Demikian hebatnya puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)
Disunnatkan melakukan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri. Ia dilaksanakan dengan menyebut niat yang berikut:
Ertinya: “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah Taala”.
2. Menjamah Makanan Sebelum Keluar Solat
Ia berdasarkan hadis dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Rasulullah S.A.W. tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, baginda memakannya dengan bilangan ganjil.” (Riwayat Bukhari)
3. Memperbanyakkan Takbir
Takbir boleh dimulakan selepas Magrib hari terakhir berpuasa. Sehingga selesai solat sunat Aidilfitiri. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Aidilfitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4. Saling Mendoakan Antara Satu Sama Lain
Pada hari kemenangan ini banyakkan mengucapkan selamat. Dan saling mendoakan antara satu sama lain. Doa yang digalakkan adalah:
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
Ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu.
5. Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid
Bawa seisi keluarga menuju ke masjid. Ini bagi menghidupkan syiar Islam selain mendidik anak sedari kecil. “Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hari raya dan makan sesuatu sebelum berangkat.”
6. Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri
Ibnu Abbas r.a berkata: “Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari)
Kaifiat atau cara menunaikan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat. “Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah taala” Pada rakaat pertama, Imam akan mengangkat takbiratul-ihram. Disusuli tujuh takbir selepasnya. Antara selang takbir itu, baca tasbih.
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa. Seterusnya imam akan berdiri dan mengangkat lima kali takbir. Pada selang takbir itu, baca tasbih yang sama. Selesai solat, dengar khutbah hari raya.
7. Menukar Jalan Ke Tempat Solat
Kita digalakkan menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari tempat solat. Ini berdasarkan hadis dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi s.a.w biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya (Riwayat Al-Bukhari)
8. Memakai Pakaian Terbaik
Pada hari raya ini kita digalakkan memakai pakaian terbaik. Pakaian terbaik tidak semestinya yang baru dibeli. Pakaian terbaik adalah pakaian istimewa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya” Hadis Riwayat Al-Hakim
9. Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim
Ambil kesempatan saling ziarah menziarahi. Ucapkan selamat dan saling mendoakan. Banyakkan senyuman. Hari Raya adalah hari kemenangan umat Islam. Amalan ini diambil bersempena hadis Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)
10. Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal
Selesai berhari raya, ada satu tawaran istimewa. Puasa enam hari tapi pahalanya macam puasa setahun. Demikian hebatnya puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment