Rumah Al-Arqam
Menurut Syeikh Al-Mubarakfuri,Rasulullah s.a.w memilih rumah al-arqam sebagai pusat tarbiyah kerana :-
· Keislaman Al-Arqam tidak diketahui oleh golongan Quraisy
· Al-Arqam adalah dari suku Bani Makhzum yang bermusuhan dengan Bani Hasyim, Quraisy menganggap mustahil Rasulullah s.a.w bersembunyi di rumah musuhnya.
·
Al-Arqam adalah seorang remaja , beliau masuk islam ketika berumur 16 tahun, maka golongan Quraisy berpendapat Rasulullah s.a.w tidak memberikan tumpuan kepadanya kerana mudanya, pasti Rasulullah akan memilih sahabat yang besar untuk dijadikan markas.
·
Rumah al-arqam terletak di Bukit Sofa,tempat yang difikirkan mustahil dapat berkumpul ramainya manusia kerana sukar ke tempat tersebut.
Teknik dan Strategi Para Sahabat Berjumpa Rasulullah di Rumah Al- Arqam Bin Abi al- Arqam
- Kaedah Saidina Ali dan Abu Zar ketika ingin bertemu Rasulullah s.a.w di rumah al-arqam, saidina Ali memberitahu Abu Zar jika bertemu perkara mencurigakan di tengah jalan menuju rumah al-arqam maka hendaklah memberi isyarat dengan mukanya.
- Kaedah Ummu Jamil binti Khattab (adik saidina Umar alKhattab r.a) dan Ummul Khair Salma binti Sakhr (ibu saidina Abu Bakr Assiddiq r.a) ketika memapah Saidina Abu Bakr Assiddiq yang cedera parah dipukul Quraisy bertemu Rasulullah s.a.w di rumah Al-Arqam, kedua muslimat tersebut memapah Abu Bakr sehingga tidak berbunyi tapak kaki mereka, mereka keluar dalam keadaan bersandar keduanya sehingga sampai ke rumah Al-Arqam membawa masuk Abu Bakar ke dalamnya.
- Ibnu Said dalam kitabnya AtTabaqat menceritakan bagaimana Amar bin Yasir berjumpa Suhaib bin Sinan dipintu rumah al-arqam tanpa ada perjanjian, lalu kedua-duanya bertanya di antara satu sama lain sebab kedatangannya ke rumah al-arqam . Amar bertanya: Apa yang kamu mahu? Kata Suhaib: Apa yang kamu mahu? Kata Amar: Aku mahu berjumpa Muhammad dan mendengar kata-katanya, Jawab Suhaib: Aku juga begitu. .Kedua-duanya masuk ke rumah al-arqam lalu dibentangkan tentang islam kemudian mereka duduk disitu sehari suntuk sehingga petang,kemudian kedua-duanya keluar dalam keadaan bersembunyi
No comments:
Post a Comment