Amalan Ketika Lailatul Qadar
Kita semua maklum bahawa ini kemuliaan dan agungnya malam Lailatul qadar sehingga melebihi daripada 1000 bulan.
Setiap amalan yang kita lakukan akan diberi pahala 1000 kali ganda.
Justeru, hendaklah kita lakukan amalan ibadat dengan bersungguh-sungguh tanpa sebarang pengabaian.
Isikanlah dengan qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, munajat dan doa.
Terutamanya doa keampunan dan kerahmatan daripada-Nya.
Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:
1. Melakukan Solat Malam (Qiamullail)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)” — Riwayat Muslim: 2015
Oleh itu hidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah Qiamullail Qiamullail meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk mengerjakan solat, bertakbir membesarkan Allah SWT, bertasbih mensucikanNya dan berdoa pada waktu malam.
Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah:

- Solat Tahajjud
- Solat Taubat
- Solat Hajat
- Solat Tasbih
- Solat Witir
2.Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda: Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” — Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam sebuah hadith marfu’, daripada Ibn Abbas, sesungguhnya pada malam al-Qadr, Allah SWT melihat kepada para hamba-hambanya yang mukmin daripada umat Nabi Muhammad SAW, lalu Allah memaafkan mereka dan merahmati mereka kecuali empat golongan iaitu penagih arak, penderhaka kepada ibu bapa, kaki pukul dan pemutus silaturrahim.
Oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini. Selain daripada doa yang diajarkan Nabi kepada ‘Aisyah di atas, kita juga boleh membaca di bawah.

- Antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon ampun adalah:
Allahumma ‘auuzu biridhoka min sakhothika wa bimu ‘afatika min ‘uqubatik
Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.”
— Riwayat Muslim (no. 486)
- Sebahagian ulama terdahulu membaca doa ini:
Allahumma inna zunuubi qad ‘azhumat wajallat ‘anissifat,
wa innaha sorghitun fii janbi ‘afwik, fa’fu ‘anni
Maksudnya:
Ya Allah, dosa-dosaku terlalu banyak tidak terkira. Tidak mampu aku sifatkan, namun ia terlalu kecil di sisi kemaafanMu, ampunilah aku”.
- Sebahagian yang lain berdoa:
Jurmi ‘aziim, wa ‘afwuka kasir, fajma’ baina jurmi wa afwika yaa kariim
Maksudnya:
Kesalahanku amat besar dan keampunanMu amat banyak, kumpulkanlah antara kesalahan-kesalahanku dan kemaafanMu wahai Yang Maha Mulia.”
Saat orang-orang yang sedar menyedari, betapa agungnya kemaafan Allah, mereka akan segera tunduk memperhambakan diri kepadaNya. Demikian juga kepada para pendosa, saat mengetahui besarnya kemaafan Allah SWT, mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kemaafan tersebut.
3. Melakukan Iktikaf
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata: Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” — Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah
4. Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara Berjemaah
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan. Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa: Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua.
Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.”
No comments:
Post a Comment