Friday, May 29, 2020

5 Fakta Mengenai Haiwan Dalam Hijrah Nabi


5 Fakta Mengenai Haiwan Dalam Hijrah Nabi


  • Labah-labah. 
    • Allah telah memerintahkan labah-labah membuat sarang sutera di pintu masuk Gua Thur dimana tempat Nabi SAW dan Abu Bakar bersembunyi. 
    • Bertujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin Quraisy kerana dari segi logik akal tidak logik ada orang di dalam gua jika sarang laba-labah tidak rosak. 
  • Burung Merpati. 
    • Allah memerintahkan dua ekor burung merpati betina supaya bertelur dan diam mengeramkan telurnya di hadapan pintu gua bagi mengelirukan lagi kaum musyrikin. 
  • Unta. 
    • 100 ekor unta telah ditawarkan oleh pemimpin musyrikin Mekah kepada sesiapa yang berjaya menjejaki Nabi Muhammad SAW. 
  • Kuda. 
    • Antara yang mengejar tawaran 100 ekor unta ialah seorang lelaki bernama Suraqah yang berjaya menjejaki Nabi Muhammad SAW. 
    • Namun Allah menjadikan kaki kuda Suraqah terbenam di dalam pasir sehingga tidak dapat melepaskan diri. 
    • Suraqah berjanji melepaskan Nabi SAW lalu nabi mendoakan dia dan kudanya dilepaskan daripada benaman pasir. 
  • Kambing
    • Mukjizat Nabi Muhammad SAW kepada Kambing uzur kepunyaan Ummu Ma’bad yang sudah pun uzur dan sakit tiba-tiba mampu mengeluarkan susu kambing yang sangat banyak.
    •  Ummu Ma’bad ialah seorang wanita budiman yang biasa memberi makan dan minum kepada para pedagang yang melalui khemahnya di daerah Qadid.


No comments:

Post a Comment