Thursday, May 28, 2020

Tanda - Tanda Orang Berjaya

5 Ways to Overcome Obstacles and Achieve Success | EHS Today

Tanda Tanda Orang Yang Berjaya



  • Anda fleksibel untuk berubah 
    • Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.
  • Anda tidak suka merungut dan mengeluh 
    • Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling
  •  Anda sering produktif 
    • Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda
  •  Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri 
    • Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa
  •  Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan 
    • Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain
  •  Anda bersedia membantu orang lain 
    • Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. 
    • Bak kata, the more you give, the more u get.
  •  Anda seorang yang pemaaf 
    • Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. 
    • Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.
  •  Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya
    •  Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya
  •  Anda suka melihat kejayaan orang lain 
    • Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati
  •  Anda suka mendampingi orang yang berjaya 
    • Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!




No comments:

Post a Comment