Sunday, May 24, 2020

[Foodie] Restoran Mat Binjai , Terengganu

Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu

Restoran Mat Binjai 


Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Bayaran hanya dikenakan untuk makanan yang dimakan sahaja. Benar-benar seperti konsep nasi padang. Cuma perbezaannya adalah di restoran ini hidangannya adalah masakan tradisi Terengganu.

Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang untuk kita temui seperti telur penyu. Lauk-lauk lain juga tidak kurang hebatnya. Jangan lupa pesan ulam-ulaman bersama, enak dicicah bersama budu!



Alamat: 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu 
 Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am- 6 pm


No comments:

Post a Comment