Sunday, May 31, 2020

Resipi Baked Macaroni & Cheese

RESEPI BAKED MACARONI CHEESE - Rempah Haji Halim

Resipi Baked Macaroni & Cheese


Bahan-bahan Makaroni Cheese Bakar: 

  • 150 gram makaroni 
  • 100 g daging/ayam cincang 
  • 2 ulas bawang putih (cincang) 
  • 3 ulas bawang merah (cincang) 
  • 1/2 labu bawang holland (cincang) 
  • 6 sudu besar sos spageti 
  • 3 sudu besar tomato puri 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu sos tiram 
  • 2 sudu besar pes cili (kalau nak pedas) 
  • Sayur campuran 
  • Tomato (potong dadu) 
  • Daun sup 
  • Gula 
  • Garam 
  • Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb


Bahan Sos Putih : 

  • 1 cawan susu segar 
  • 1 sudu besar mentega 
  • Serbuk oregano/lada sulah 
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air) 
  • 1 @2 keping cheese 
  • Garam 
  • Gula


Cara-cara : 

  1. Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau. 
  3. Kemudian masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sebentar. 
  5. Masukkan tomato puri, sos spegati, sos cili dan sos tiram. Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya. 
  6. Masukkan sayuran campuran. Kacau sehingga sayur agak layu. 
  7. Masukkan pula tomato. Kacau sekejap. 
  8. Akhir sekali masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.


Cara membuat sos putih: 

  1. Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair. 
  2. Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih. 
  3. Masukkan garam, gula dan oregano@lada sulah secukupnya. 
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos menjadi pekat.


Cara membakar makaroni : 

  1. Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar. 
  2. Tuangkan sos putih. Gaul rata. (boleh tambahkan beberapa keping cheddar cheese di dalam makaroni) 
  3. Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni. 
  4. Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit. Api bawah.


No comments:

Post a Comment