Friday, May 15, 2020

Lailatul Qadar

LAILATUL QADAR: Doa, Tanda, Kelebihan & Amalan Yang Digalakkan

Malam Lailatul Qadar 

Apakah yang dimaksudkan dengan lailatul qadar? 

 Lailatulqadar merupakan satu malam yang istimewa di Bulan Ramadan. 

 Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” — Surah al-Qadr: 1-3

Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar (malam)  
al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan 

Para ulama berbeza pendapat apabila Qadar disandarkan kepada malam. 
  •  Ada ulama berpendapat ianya kerana kemuliaan dan terdapat juga pendapat-pendapat lain. 
  • Ibn Qudamah berpendapat malam qadar ialah malam yang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan
Bila Berlakunya Malam Lailatul Qadar 

Lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.” 

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. 

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud: Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadan malebihi usahanya daripada malam-malam lain.”

Belaku pada 27 Ramadhan 

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Hujah mereka amat banyak, antaranya: 
  • Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” 
  • Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.” Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar. 
  • Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”
Belaku pada 23 Ramadhan 

Inilah pendapat Imam Syafie. Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-Tahawi. Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadan.”
Belaku pada 21 Ramadhan 

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Shafie. Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
  Tuntutlah malam 17,21 dan 23 Ramadan.”
Belaku pada 24 Ramadhan 

Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas bahawa Baginda SAW bersabda: 
 Carilah malam Lailatulqadar pada malam 24 Ramadan.” — Riwayat Muhammad bin Nasr Ahmad daripada Bilal dan al-Tayalisi
Belaku pada malam terakhir Ramadhan 

Berlaku Pada Malam Terakhir Ramadan Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: 
 Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadan.” — Riwayat Ibn Nasr


No comments:

Post a Comment