Friday, May 22, 2020

Solat Sunat Aidilfitri

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah Susulan PKPB

Solat Sunat Aidilfitri

Waktu bagi solat sunat raya aidilfitri ialah sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah kepada sebelum masuk waktu zohor.
Di pagi hari raya disunatkan kita mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

Setelah tiba waktu untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri, mulakan solat dengan lafaz niat:

  •  Niat Solat Raya (Imam)

    Niat Imam Solat Hari Raya
     Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini imaman lillahi taala 
    Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

  • Niat Solat Raya (Makmum)

    Niat makmum solat raya
    Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini makmuman lillahi taala 
    Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

  • Niat Solat Raya Bersendirian
    niat solat raya sendiri
     Usolli sunnatan ‘idilfitri rak’ataini adaan lillahi taala 
     Maksudnya: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Rakaat Pertama

  1. Dimulai dengan takbiratul ihram. 
  2. Membaca doa Iftitah.
  3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).

    Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:
    bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih
    Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim 
    Maksudnya: Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

  4. Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
  5. Membaca ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain)
  6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua


  1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua). 
  2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir lima kali dan tasbih empat kali).

    bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih
    Subhanallah walhamdulillah wala ilaaha illallahu wallahu akbar wala haulawala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim

  3. Membaca surah al-Fatihah sesudah imam selesai membaca al-Fatihah.
  4. Membaca surah daripada surah al-Quran seperti Surah al-Ghasyiyah (atau surah yang lain).
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama. 
  6. Memberi salam.


Sesudah salam, akan dibacakan dua khutbah oleh Khatib. Para jemaah hendaklah mendengar dengan penuh perhatian dan diam.



No comments:

Post a Comment