Amalan Malam Lailatul Qadar Bagi Wanita Haid
Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.
Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.
Perbanyakkan Doa, Selawat dan Zikir
Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa, selawat dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan.
Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ?
Maka kata Nabi S.A.W: ‘Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.

Memberi Makan Kepada Orang Berbuka
Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. — Riwayat Al-Tirmizi (807)

Banyakkan Sedekah
Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.

Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.
Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar.”
No comments:
Post a Comment