Resipi Donut
Bahan A
- 2 sudu besar yis
- 2 sudu besar susu pekat
- 3/4 cawan air suam
- 1 sudu teh garam
Bahan B
- 2 sudu marjerin
- 2 cawan tepung gandum
Jom ikuti cara membuatnya pula:
1. Gabungkan Bahan A dan gaulkan sehingga sebati. Rehatkan agar campuran yis menjadi kembang. 2. Gaulkan Bahan B menggunakan tangan sehingga sebati.
3. Gabungkan Bahan A dan Bahan B dan gaulkan sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan dan boleh diuli menjadi bulat.
4. Hasilkan bebola doh kecil dengan menggengamkan adunan dan mengeluarkan doh di celah jari.
5. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja. Cucukkan menggunakan jari dan tarik sehingga lubang terbentuk. Anda juga boleh menggunakan acuan jika ada.
6. Seterusnya, panaskan minyak dan gorengkan donat sehingga bertukar menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.
No comments:
Post a Comment