Sunday, May 31, 2020

Pulau Lang Tengah

Pulau Lang Tengah Kuala Terengganu

Pulau Lang Tengah 

Terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, pulau yang terletak di dalam Kuala Terengganu ini, Pulau Lang Tengah adalah sebuah destinasi pelancongan yang agak terkenal dalam kalangan pelancong. 

 Untuk pengetahuan anda, pulau ini lengkap dengan beberapa buah chalet dan resort. Namun, sekiranya anda bercadang untuk bermalam di pulau ini, pastikan anda membuat tempahan lebih awal dan bukannya secara walk-in untuk mengelakkan masalah bilik penuh. Ini adalah satu kemungkinan besar terutama sekali sekiranya anda datang ketika musim cuti, memandangkan pulau ini merupakan pilihan ramai kaki scuba diving. 

 Untuk ke sini anda boleh mengambil bot laju dari Merang, Setiu dengan masa perjalanan sekitar 30 ke 40 minit. Sampai sahaja di pulau ini anda akan disambut dengan keindahan persis di alam mimpi kawasan pantai dengan air kebiruan dan hutan yang mekar kehijauan.

 Jangan lepaskan peluang untuk berkelah di tepi pantai ini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau terbit. Kalau bernasib baik, anda mungkin dapat melihat kelibat burung helang yang menangkap ikan daripada permukaan lautan.


Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu


No comments:

Post a Comment