Sunday, May 31, 2020

[Foodie] NR Seafood Village, Terengganu

tempat makan kuala terengganu

NR   Seafood Village


NR Seafood Village merupakan restoran yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu. 

 Suasana dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village”.

Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah. Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan Barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan kentang goreng dan kuah yang amat sedap.



Alamat: Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu 
Waktu Operasi: Setiap hari, 
hari minggu 3 – 11 pm, hujung minggu 3 pm – 12 am


No comments:

Post a Comment