Sunday, May 17, 2020

[Foodie] Fauzi Nasi Kerabu , Terengganu

Fauzi Nasi Kerabu, Kuala Terengganu - Restaurant Reviews, Photos ...

Fauzi Nasi Kerabu 


Ini satu lagi destinasi jalan-jalan cari makan yang mesti anda singgah di Kuala Terengganu. Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kampung Ladang Padang Cicar ini pernah disenaraikan dalam “Top 50 List of the World Street Food Congress 2017!” 

Hidangan yang terkenal di kedainya sudah semestinya nasi kerabu seperti nama kedai ini sendiri. Nasi berwarna kebiruan ini sungguh enak dimakan dengan ayam dan daging panggang yang aromanya menguasai sekitar kedai. 

 Apa yang menjadikan lauknya luar biasa sedap adalah kerana cara masakannya iaitu menggunakan teknik pembakaran secara tradisional menggunakan arang. Keenakan nasi kerabu ini dimaksimakan lagi apabila dilengkapkan dengan ulam, sambal belacan atau ikan masin. Macam mana? Dengar tak perut anda berbunyi kelaparan mengidam nasi kerabu?


Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu


No comments:

Post a Comment