Pulau Redang
Bukan calang-calang ya Kuala Terengganu ni, agak banyak pulau menarik yang terdapat di sekitarnya, salah satunya adalah pulau yang cukup terkenal di negeri ini iaitu Pulau Redang.
Berjarak 45 km dari kawasan daratan Kuala Terengganu, perjalanan untuk menuju ke sini sekiranya bertolak dari KT adalah dalam sekitar 1 jam, manakala dari Merang pula hanyalah 50 minit.
Kalau anda nak tahu, di sekitar perairan pulau ini terdapat 2 lokasi kapal karam iaitu H.M.S Prince of Wales dan kapal H.M. Repulse yang karam ketika perang dunia ke-2.
Kalau anda pandai menyelam skuba, memang syok habis dapat explore apa yang ada di sini. Bagi yang tak tahu menyelam lagi, join kelas skuba sebelum ke sini ya?
Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu
No comments:
Post a Comment