Friday, June 12, 2020

Piagam Madinah

PIAGAM MADINAH MODEL PENYATUAN UMMAH - Akademi Tarbiyah Dewan ...

Piagam Madinah


Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya 

 Sai’d Hawwa (1991) antara lain menyebutkan bahawa Piagam Madinah yang dikenali sebagai Sahifah al-Madinah, adalah perlembagaan bertulis yang pertama diiktiraf di dunia. Sebuah dokumen yang disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi mengikat perjanjian formal antara dirinya dengan semua suku-suku dan kaum-kaum penting di Yathrib (Madinah) di tahun 622 Masihi. 

Tujuan utama Sahifah ini antaranya untuk menyatukan Bani ʹAus dan Bani Khazraj dan menetapkan sejumlah hak-hak dan kewajiban-kewajiban bagi kaum Muslim (Muhajirin dan Ansar), Musyrikin Arab dan kaum Yahudi (Bani Nadir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah), dalam komuniti ummah yang merdeka dan berdaulat serta bertanggungjawab memelihara keamanan negara Madinah.


Isi Kandungan Piagam Madinah
  • Semua penduduk Madinah mengakui Rasulullah sebagai ketua negara. 
  • Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan umat Islam.
  • Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan orang musyrikin di Madinah. 
  • Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing dalam suasana hidup bersama. 
  • Semua penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan negara Madinah daripada serangan musuh. 
  • Orang Yahudi dibenarkan hidup dalam cara mereka sendiri dalam suasana menghormati orang Islam dan mereka tidak dibenarkan melindungi nyawa dan harta Musyrikin Quraisy. 
  • Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara satu sama lain sebaliknya mereka mesti hidup tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat. 
  • Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka. 
  • Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka. 
  • Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.




No comments:

Post a Comment