Sunday, June 14, 2020

Hatyai Lantern Festival


Hatyai PArk Lantern Festival

Hatyai Lantern Festival 


Pesta Loy Krathong pastinya menjanjikan satu pengalaman yang berbeza dan mengujakan sekiranya anda mengunjungi Hatyai apabila tiba musim keraiannya. Umpama pesta cahaya, anda bakal disajikan dengan pelbagai jenis aktiviti seperti menerbangkan tanglung di udara, persembahan tarian tradisi masyarakat Thailand dan juga pemandangan yang mengasyikkan dengan nyalaan lilin yang dilepaskan ke dalam sungai pada waktu malam. 

 Pesta yang diadakan setahun sekali ini disambut oleh masyarakat tempatan mengikut kiraan kalendar Lunar Thailand iaitu ketika bulan penuh pada bulan ke 12 kalendar Lunar tradisional mereka. Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menyaksikan pesta Loy Krathong pada tahun ini, anda bolehlah merancang percutian anda kerana pesta ini akan berlangsung pada 13 November nanti. 


No comments:

Post a Comment