Resipi Sos Pencicah Steamboat
Bahan-bahan diperlukan:
- 10 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 cawan air (Cili merah & bawang putih dikisar halus bersama dengan air)
- 1 sudu makan oren Sunquick
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 2 pokok daun ketumbar (Dicencang)
- 3 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak)
- 1 sudu makan gula Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
- Masukkan oren Sunquick, sos ikan, minyak bijan, gula dan garam. Masakkan sehingga pekat.
- Apabila sejuk, taburkan dengan daun ketumbar dan bijan. Sedia dimakan dengan stimbot.
No comments:
Post a Comment