Friday, June 26, 2020

Zulkaedah

SELAMAT DATANG ZULKAEDAH, SELAMAT... - Sekolah Rendah Islam ...


Zulkaedah ialah bulan ke 11 didalam Islam. Setiap bulan Islam akan ada kelebihannya. Zulkaedah berasal dari perkataan “Zu Qa’adah”. Zu bermaksud “yang empunya” dan Qa’adah bermaksud “duduk”. Manakala Zulkaedah ialah bulan untuk berehat dan ia juga dipanggil bulan haram. Ia dipanggil bulan haram kerana diharamkan untuk berperang dan satu dari empat bulan yang mulia. Selain bulan Zulkaedah terdapat tiga lagi bulan haram iaitu bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Dengan itu, masyarakat Arab Jahiliah tidak keluar untuk berperang pada bulan ini

Di dalam bulan Zulkaedah juga terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini terjadi penghujung tahun ke enam Hijrah. Perjanjian Hudaibiyah adalah satu perjanjian diantara kaum Muslimin Madinah dengan kaum musyrikin Mekah. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ialah, Nabi Muhammad SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginanNya Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu menunaikan ibadah umrah. Hasil pengumuman itu telah mendapat sambutan yang sangat baik sekitar 1400 orang sahabat baginda dari kaum muhajirin dan ansar.

Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah dan membawa bersama baginda binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan dan ia menjadi petunjuk untuk memberitahu kepada orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar ke Mekkah bukan untuk berperang tetapi semata-mata untuk menziarahi Ka’abah dan menunaikan umrah. Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah disekat oleh orang kafir Quraisy serta dihalang memasuki Makkah. Setelah berlakunya perundingan dan membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan “Perjanjian Hudaibiyah”. Di dalam Perjanjian Hudaibiyah itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah.

Oleh itu, bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram dan ianya sangat mulia. Masyarakat kafir Quraisy menagguhkan peperangan dan permusuhan di bulan haram. Sebagai umat Islam hendaklah meghormati bulan ini seperti mengeratkan silaturrahim bagi yang bermusuh, damaikan yang berdendam, berlapang dengan yang renggang . Bulan Zulkaedah juga bulan permulaan ibadah haji. Sebahagian manusia mengatakan umrah lebih afdhal dikerjakan pada bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya’aban.”






No comments:

Post a Comment