Sunday, June 7, 2020

Restoran Salma, Hatyai



Restoran Salma, Hatyai

Terletak di kawasan deretan kedai di bandar Hat Yai, membuatkan Restoran Salma mudah untuk ditemui dan dikunjungi oleh pelancong muslim. Tetapi, disebabkan itu juga, Restoran Salma sentiasa dipenuhi dan padat. Haha. Tambahan pula, restorannya tidaklah terlalu besar, dan hanya mampu memuatkan beberapa buah meja makan sahaja.

Tipsnya, kalau korang nak datang sarapan, memang kena datang seawal pagi yang boleh. Manakala kalau untuk makan tengah hari dan malam pula, elakkan datang ke sini pada waktu-waktu puncak (12tgh - 1 ptg) dan (8 - 9mlm). Pepandai lah korang susun jadual, kalau taknak bersesak. Tapi kalau korang sejenis tak kisah untuk beratur dan menunggu giliran meja, takpe je. Sebab orang datang makan pun, bukan datang serentak yedak. Ada yang selesai awal, ada yang selesai lambat. Depends pada rezeki ketika itulah senang cerita.

Mula seawal 7 pagi hingga 9.30 malam, Restoran Salma menyediakan menu mengikut waktu makan yang ditetapkan. Contohnya menu sarapan lain, menu makan tengahari dan malam lain. 



No comments:

Post a Comment