Sunday, June 14, 2020

Mini Zoo teruntum, Kuantan

Mini Zoo Taman Teruntum @ Kuantan,Teruntum Hot Spot Travel

Mini Zoo Teruntum


Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan. 

 Zoo mini ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada pengunjung dan di sini juga terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung. Selain itu, kemudahan asas seperti tandas, tempat letak kereta dan sebagainya juga disediakan bagi keselesaan pengunjung. 

 Pengunjung juga tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan kerana bahagian bawah atau luar zoo mini ini terdapat gerai-gerai makanan untuk menjamu selera. Justeru, percutian pasti akan lebih menggembirakan apabila pengunjung yang datang bercuti bersama anak-anak melawati lokasi ini.


Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan



No comments:

Post a Comment