Friday, June 19, 2020

Masjid Quba'

Quba- A Masjid built from the First Day on the Foundations of ...

Masjid Quba


Masjid Quba – Masjid Pertama Dalam Sejarah Islam  

Nabi Muhammad setibanya baginda di Madinah al-Munawwarah iaitu beliau mengadakan projek pembinaan Masjid Quba . Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan tanpa memerlukan masa untuk menyimpan dana atau “mesyuarat” yang berjela-jela. 

Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai Masjid Quba: 
• Nama Projek : Pembinaan Masjid Quba 
• Pemaju : Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat r.a 
• Kedudukan : Selatan Pusat Bandar Madinah (kira-kira 10km darinya) 
• Tempoh Siap : 5 hari (Ada riwayat menyatakan 14 dan 22 hari) 
• Tarikh Mula : 12 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Isnin) 
• Tarikh Siap : 16 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Jumaat) 
• Keluasan : 50 meter persegi (50 meter panjang dan lebar) 
• Ketinggian : 1 meter dari aras permukaan tanah 
• Jolokan Nama : Masjid Dibina Atas Asas Takwa  

Masjid Quba diabadikan pembinaannya dalam al-Quran sebagai masjid pertama yang didirikan atas asas ketakwaan pada Allah s.w.t. Ia seperti mana yang ditegaskan Allah Azza Wajalla dalam firmanNya berbunyi: “...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu bersolat di dalamnya. Di sana terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri (mensucikan jiwa). Dan Allah amat menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya”. (At taubah : 108) 

Setelah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyudahkan bersama para sahabat pembinaan masjid Quba, maka berangkatlah baginda menuju kota Hijrah Madinah dan dalam perjalanan itu, mereka sempat bersolat Jumaat di Kampung Bani Salim bin ‘Auf yang hanya terletak kira-kira 1km daripada Masjid Quba. Itulah solat Jumaat pertama sesudah Hijrah dan hari ini lokasi solat Jumaat bersejarah itu dikenali sebagai Masjid Jumaat. 

Hijrah Nabi masih belum berakhir lagi. Untuk pengetahuan semua pembaca, Quba pada masa dahulu belum dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi. Jadi, Nabi meneruskan hijrah Baginda s.a.w menunggang unta kesayangannya al-Qaswa’ menuju lokasi hijrah terakhir iaitu Kota Suci Madinah.


No comments:

Post a Comment