Sunday, June 7, 2020

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak - Wikipedia

Teluk Cempedak


Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pengunjung yang berasal dari negeri Pahang sendiri. Pantai Teluk Cempedak cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian. Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak.


Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin. Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung. Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.


No comments:

Post a Comment