Sunday, June 21, 2020

[Foodie] Restoran Mint, Kuantan


Restoran Mint Kuantan

Restoran Mint


Bagi anda yang inginkan suasana santai, tenang dan romantis untuk makan malam bersama dengan yang tersayang, Restoran Mint Kuantan adalah jaminan kami sebagai tempat yang terbaik untuk anda dan pasangan. Terletak di tepian Pantai Balok yang dingin dek hembusan bayu malam serta kawasan makan yang luas, sudah tentu memberi impak yang selesa dan romantis buat anda dan pasangan berborak dan mengimbau kenangan pahit manis bersama. Dihidang pula dengan masakan barat yang lazat sebagai santapan malam sememangnya cukup sempurna.

Bukan itu saja, Restoran Mint Kuantan turut menjadi pilihan keluarga dan kumpulan yang besar kerana suasananya yang luas serta tidak terlalu padat dengan pengunjung. Pendek kata, di sini adalah tempat yang sesuai untuk habiskan masa yang berkualiti dengan pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan. 

 Apa yang lebih menariknya di sini, Resoran Mint Kuantan ada menyediakan servis beach wedding dan juga event venue. Mana-mana yang berangan nak kahwin di tepi pantai maka inilah masa dan tempat yang sesuai untuk realisasikan impian anda. Jadi tunggu apa lagi? Jom tempah slot majlis anda sekarang!


Alamat: Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang


No comments:

Post a Comment