Sunday, June 28, 2020

[Foodie] Warung Aja Selera Kampung, Kuantan


Aja Selera Kampung Kuantan

Warung Aja Selera Kampung


Jika anda berada di Kuantan dan inginkan masakan yang tak akan jemu untuk di makan setiap hari maka kami mengesyorkan Aja Selera Kampung sebagai lokasi pilihan yang terbaik. Kenapa kami mengesyorkan Aja Selera Kampung? 

Kerana kami yakin dengan hidangan yang dikatakan lebih dari 100 jenis lauk pauk yang ada di sini serta menu sampingan seperti makanan barat pasti membuatkan mata anda tak berkelip dan haru biru ketika memilih lauk pauk. 

Menjanjikan hidangan lauk pauk yang pelbagai, masakan yang dihidangkan panas-panas serta pencuci mulut yang memikat membuatkan warung ini sentiasa dipenuhi oleh warga tempatan.  Sebut saja Aja Selera Kampung pasti masakan asli kampung seperti ikan puyu salai lemak cili api akan terbayang-bayang di mata. Ikan cili puyu lemak api antara masakan yang sering menjadi rebutan dan tersangatlah terhad. 

Dikatakan lebih dari 20 kg ikan puyu dimasak setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan. Namun dalam masa beberapa jam sahaja masakan ini akan habis. Jadi bagi mengelakkan berlakunya drama air mata kerana kehabisan masakan ini kami nasihatkan supaya anda datang lebih awal.

 Apa hidangan yang menarik selain ikan puyu lemak cili api? Terlalu banyak untuk disenaraikan. Cukuplah anda tahu bahawa Aja Selera Kampung ini akan memenuhi citarasa anda dengan kepelbagaian lauk, harga yang tersangatlah murah serta kelazatan setiap hidangan yang dimasak.



Alamat: Jalan Bukit Setongkol, Taman Bukit Setongkol Indah, 25200 Kuantan, Pahang



No comments:

Post a Comment