Friday, June 19, 2020

Pembentukan Negara Madinah


Luxury Large Flat in Madinah close to Masjid Nabawi Entire ...

Pembentukan Negara Madinah



Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ketua Negara Madinah yang terulung dan pemimpin politik yang sangat sarat dengan visi, misi dan ambisi yang sistematik tanpa menolak peranan utamanya adalah sebagai utusan Allah s.w.t. 

Ini terbukti melalui pembentukan negara Madinah yang disusunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam tempoh yang begitu singkat setelah berlaku peristiwa Hijrah tanpa ditunda-tunda dan memerlukan jangka masa persiapan yang begitu lama. Ini adalah kerana peri pentingnya pembentukan sesebuah negara dan amat berhajatnya umat Islam dan penduduk sesebuah negara Islam diuruskan melalui Siyasah Syariah (Sistem Politik Islam) yang mantap dan kemas. 

Hal ini dapat dilihat daripada noktah-noktah berikut:- 
  • Negara Madinah atau Kota Madinah dikenali dahulunya sebagai Yathrib. Namun nama lama itu ditukar Nabi Muhammad s.a.w bagi meniup ruh keimanan dan kekuatan di dalam kota tersebut serta seisi warganya. 
  • Populasi Negara Madinah adalah terdiri daripada orang-orang Ansar, Muhajirin, Yahudi dan bangsa Arab atau orang asing yang lain. 
  • Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan dengan beberapa langkah dan pelan strategik yang mantap iaitu:- 
    • Mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran Islam serta pusat pentadbiran negara Madinah. 
    • Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar. 
    • Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. 
  • Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan lagi dengan Piagam Madinah yang merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia.  
  • Piagam Madinah ini adalah pemuafakatan bertulis antara pelbagai kaum dan masyarakat majmuk yang berlatarbelakangkan agama, adat dan budaya berbeza di kota itu.



No comments:

Post a Comment