Monday, June 22, 2020

Ujian Saringan Talasemia Penting Buat Bakal Pengantin


Image result for project kahwin

ujian saringan talasemia

cik purple sebelum nie ade jugak la dengar nak kena buat ujian talasemia pulak sekarang buat bakal pengantin..

talasemia? ape tuu? 
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. 

Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita. Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Tanda Tanda & Gejala Talasemia?
Talasemia boleh diklasifikasi kepada tiga iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor), penyakit talasemia intermedia dan penyakit talasemia major. 
  • Pembawa gen talasemia adalah sihat, yakni tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah. 
  • Pesakit talasemia major menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai dari umur 6 hingga 18 bulan, 
  • pesakit talasemia intermedia menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya dari remaja hingga ke dewasa.


dengar pon dah takutt..
so... kalau ada kesempatan...
korang buatlah ujian saringan talasemia nie..

alang-alang buat ujian HIV tu.. buatlah sekali ujian talasemia nie.
bagusss untuk perancangan keluarga..


No comments:

Post a Comment