Tuesday, June 30, 2020

Survey Tempat Menarik Penang (2020)

Survey Tempat Menarik Penang

dah lama x jenjalan ke Penang..
so.. lets do some survey... ape yang menarik..
mana tahu.. kot kot.. ada yang menarikkk. 

Attraction
  • Upside Down Museum - Georgetown
    • 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang 
    • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.45 am – 6.30 pm) | Sabtu, Ahad (8.45 am – 7.30 pm)
    • Harga Tiket: Dewasa RM19 | Kanak-Kanak RM10
  • Penang House of Music - Georgetown
    • KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 8.00 pm) | Kemasukan Terakhir (7.00 pm)
    • Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10
  • Hin Bus Depot - Georgetown 
    •  31A Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang, 10300, Malaysia
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
    • Harga Tiket: Percuma
    • Hin Bus Depot adalah sebuah lokasi yang padat dengan pelbagai jenis hasil seni kreatif. Yang menariknya, hasil-hasil seni yang dipamerkan di sini ditukar dari masa ke masa. Jadi kalau anda tercari-cari idea kreatif, bolehlah singgah ke sini.
    • Anda boleh datang ke sini pada hari Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang untuk melihat kemeriahan sebenar suasana di sekitar Hin Bus Depot, ini kerana, pada waktu itu terdapat jualan pelbagai hasil kraftangan yang kreatif. 
    • Pada hari yang sama juga terdapat pertunjukan-pertunjukan yang dapat menghiburkan jiwa
  • Muzium Pinan Peranakan - Georgetown
    •  29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM20
    • tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan
  •  Penang Street Art  - Georgetown 
    • Bandar George Town, Pulau Pinang.Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan
  • Chong Fatt Tze (Blue Mansion) - Georgetown 
    •  14, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
    • Waktu Sesi Lawatan (45 Minit / Sesi): 
      • Isnin – Jumaat (11.00 am / 2.00 pm / 3.30 pm) | 
      • Sabtu & Ahad (11.00 am / 2.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM9.50 
    • Info Bayaran: Caj Tambahan RM1 Dikenakan Untuk Pembelian Online
    • Rumah agam yang berwarna biru dengan gaya seni bina Cina ini adalah sebuah peninggalan klasik dan bersejarah yang pernah mendapat anugerah ‘UNESCO’s Most Excellent Project Asia Pacific Heritage Awards’ pada tahun 2000 dan disenaraikan dalam Lonely Planet sebagai salah sebuah ‘Greatest Mansions in the World’ pada tahun 2011
  •  Asia Comic Museum - Georgetown
    •  2nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang
    • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM10
    • Dunia komik yang terlibat di dalam muzium ini adalah dari negara Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia sendiri.
  •  Magic World Penang - Georgetown
    •  Magic World Penang, 193, Lebuh Victoria, Georgetown, George Town, Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-Kanak RM12
    • Magic World Penang (Phantamania) anda dapat merasai sendiri dunia penuh magikal ini di depan mata sendiri
  •  Rumah P. Ramlee - Georgetown 
    •  Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: 
      • Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm) |
      •  Jumaat (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm) | 
      • Sabtu & Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | 
      • Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.
  •  Made In Penang Interactive Museum - Georgetown
    •  3, Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15
    • anda akan disambut oleh the Great Wall of Penang. Apabila melangkah masuk ke ruang dalamnya anda dapat melihat ‘masa lalu’ Pengkalan Weld melalui model miniatur yang dihasilkan dengan penuh teliti.
    • anda boleh meneruskan penerokaan dengan menuju ke seksyen 3D Art Gallery yang mempamerkan dengan interaktif tradisi, bangunan terkenal dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Penang.
  •  3D Trick Art Museum - Georgetown
    •  10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 8.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
    • Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang. 
    •  Antara tarikan yang ada adalah ilusi Aerial Skydiving, Panda Village, The Clan Jetty, Ride the Bullock Cart dan banyak lagi!
  •  Penang Time Turnel - Georgetown
    •  39, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.15 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.15 am – 7.30 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak- Kanak RM10
    • Penang Time Tunnel Muzium ini memberi anda peluang melihat setiap fasa penting dalam pembangunan negeri penang dan bagaimana ini telah berubah mengikut zaman. Selain daripada itu anda juga dapat belajar sedikit tentang zaman penjajahan tentera jepun dan bagaimana pulau ini dibom kapal perang mereka.
  •   Amazing World Studio - Georgetown 
    •   4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)
    • Lagi satu studio foto inetraktive di penang yang mempamerkan lukisan 3d menarik adalah Amazing World Studio. Jika anda gemar menangkap gambar dan mencari satu tarikan mesra kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk anda.
  •  Padang Kota Lama - Georgetown 
    •  Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.
    •  Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town.
  •   Fort Conwallis Leboh Light, George Town
    • Waktu Operasi: 9.00 am – 10.00 pm 
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5
  •  Gurney Drive - Georgetown 
    • Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang.
    • Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih
  •  Ghost Museum - Georgetown 
    • 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)
    • Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’ dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah.
  •  Jurassic Research Centre - Georgetown 
    • THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
    • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)
    • Bayaran Masuk (The Top Fun Pass): Dewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48 
    • Info Bayaran: Kemasukan Hari Sama Untuk Semua Tarikan 
    • Di Avenue of Adventures & Rainbow Skywalk Kecuali Augmented Reality Virtual, Formula One, The Gravityz & TOP Capsule.
  •  PG Gold Museum - Georgetown 
    • 95 Bishop Street,10200 George Town, Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
    • Di muzium ini anda bukan sekadar boleh melihat pameran, tapi juga dapat melihat demonstrasi tentang bagaimana emas dan perak diproses dibentuk menjadi bongkah.
  •  Suffolk House - Georgetown 
    • 250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang
    • Waktu Operasi Rumah: 11.00 am – 11.00 pm
    • merasai pengalaman berada di masa lampau
    • Suffolk House adalah sebuah rumah agam dengan gaya lama Inggeris ataupun secara spesifiknya era Gerorgian pada sekitar awal 1800-an.
  •  Wonderfood Museum - Georgetown 
    • 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
    • muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone.
  • Dark Mansion Glow In The Dark - Georgetown 
    • 145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM15
    • dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D.
  •  Teddy Bear Museum - Bt Feringhi
    • Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM36 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM25
    • Terletak di dalam DoubleTree Resort, Teddy Ville Museum dapat memberikan anda kepuasan dua dunia iaitu dunia teddy bear dan dunia sejarah serta budaya Penang
  •  Toy Museum Heritage - Teluk Bahang 
    • Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM15| Kanak-Kanak RM10 
    • Toy Muzium Heritage Park anda dapat melihat koleksi peribadi seorang penggemar permainan yang dikumpul selama 40 tahun.
  • Penang State Museum & Art Gallery 
    • Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200
    • Harga Tiket: Percuma
    •  pameran hasil seni di Penang
  • Colonial Penang Museum 
    • 7, Jalan Ds. Ramanathan Scott RD, Taman Pulau Pinang, Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30 am – 6.30 pm)
    • Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM12
    • Colonial Penang Museum adalah di mana anda dapat melihat dunia masa lalu berkaitan dengan gaya hidup dan budaya masyarakat Baba Nyonya
  •  Glass Museum Penang
    • No.6, Wisma Cheok Holdings, Burma Road 10050 Penang
    • Waktu Operasi: 
      • Isnin – Jumaat (9.30am – 6.00 pm) | 
      • Sabtu (9.30 am – 5.00 pm) | 
      • Ahad, Cuti Umum (Tutup)
    • Harga Tiket: Dewasa RM23 | Kanak-Kanak RM13
  •  Street Art - Balik Pulau 
    •  Alamat: Balik Pulau, Pulau Pinang
    •  GPS Beberapa Buah Lokasi Mural: 
      •  Mural Tukang Perak: 35268, 100.23627 
      • Mural Silat: 34942, 100.23378
      •  Mural Nelayan: 35159, 100.2355
  •  War Museum - Batu Maung
    •  Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-Kanak RM12
    • Didalam muzium ini anda dapat bersiar sambil melihat pelbagai pameran dan bangunan peningalan tentera british seperti bilik yang digunakan untuk menyiksa tahanan perang dan tempat mereka menyimpan senjata.
  •  Muzium Kamera - Bukit Bendera 
    •  B3, Astaka Bukit Bendera, Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 8.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | Warga Emas RM15
  •  Bukit Bendera 
    •  422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.
  • Penang Avatar Secret Garden - Tg Bungah 
    • 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan

Shopping 
  • Design Village Penang - Batu Kawan 
    • 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110, Penang
    • ala ala JPO & GPO - branded outlet 
    • boleh amik shuttle percuma ke IKEA 
  •  Straits Quay - Tg Tokong 
    •  Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang
    • Straits Quay adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah dan juga marina yang terletak di Seri Tanjung Pinang
    • Bercadang untuk bershopping di tepi laut? Anda boleh menaiki bas perlancongan Rapid Penang iaitu bas Hop-On Hop-Off yang mana salah satu lokasi perhentiannya adalah Straits Quay.
  •  Pasar Lorong Kulit - Georgetown  
    •  Lorong Kulit Flea Market, 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, George Town, Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 1.00 pm)
    •  Info Waktu: Waktu Terbaik Untuk Pergi Adalah Dalam Sekitar 11.00 am Ketika Kebanyakan Gerai Telah Dibuka.
    • Pasar Lorong Kulit adalah satu-satunya pasar karat yang terbesar di Penang yang juga beroperasi setiap hari menjadikan ianya sebuah tarikan yang boleh anda lawati pada bila-bila masa lapang. 
    •  Syurga bagi para pengumpul barangan antik, anda boleh menemui bermacam khazanah lampau dari duit-duit lama, setem, tongkat, radio dan banyak lagi. Jangan lupa untuk bernego dengan peniaga.
  •  Little India - Georgetown
    • Lebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang
    • seolah-olah berjalan di Delhi ataupun Chennai, memang suata pengalaman yang unik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual kain dan baju dengan harga yang berpatutan.
  • Pasar Chowrasta -Georgetown 
    •  Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
    • Antara yang boleh anda sekeluarga shopping di sini adalah seperti minyak urut, pakaian, dodol, belacan dan macam-macam lagi, termasuklah kedai-kedai buku terpakai.
  • Kilang Batik Penang - Teluk Bahang
    •  Mk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)
    • dimana anda boleh membeli produk batik yang beraneka jenis. Jika anda mahu mereka batik anda sendiri anda boleh menyertai bengkel batik yang diadakan khas buat pelawat yang berminat.
  •  Pasar Malam Batu Feringghi 
    • Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7:00pm -12:00am)
    • Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cendera mata atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ. 
Activities
  • Escape Theme Park - Teluk Bahang
    •  828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10:00am – 6:00pm
    • Bayaran Masuk:
      •  4 – 12 Tahun RM97 | 
      • 13 – 60 Tahun RM147 | 
      • 61 – 100+ Tahun RM97 
      • (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online & Lebih Awal)
    • tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventureplay) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan banyak lagi!
  •  The Top - Georgetown
    •  The Top Penang, 1, Jalan Penang, Georgetown, George Town, Penang
    • Bayaran Masuk (The Top Fun Pass): Dewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48 
    • Info Bayaran: Kemasukan Hari Sama Untuk Semua 
    • Tarikan Di Avenue of Adventures & Rainbow Skywalk Kecuali Augmented Reality Virtual, Formula One, The Gravityz & TOP Capsule.
    • The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang
    •  Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib anda lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi!
  •  Adventure Zone - Georgetown 
    • Golden Sands Resort, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, George Town, 11100 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10:00am-7:00pm)
    • Bayaran Masuk (Kanak-Kanak): 
      • Pengunjung: RM33 (Sesi 2 jam) 
      • Penginap Resort: Kanak-Kanak RM45 (Pakej Separuh Hari)
    • Kawasan permainan modular ini berhawa dingin dan mempunyai tiga jenis gelongsor yang berbeza dan banyak permainan yang menguji kebolehan anak anda mengatasi rintangan
  •  The Gravitys - Georgetown
    • 65th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
    • Bayaran Masuk: Dari RM149
    • The Gravityz, dengar sahaja namanya terbayang bagaimana ianya berkait dengan graviti dan ketinggian. Di sinilah anda dapat menguji keberanian diri yang sebenar atau berhadapan dengan perasaan takut yang ada dalam diri.
    • The Gravityz merupakan salah satu daripada lokasi untuk aktiviti altitud tinggi yang terbaik di Asia. Terdapat 6 buah cabaran yang ditawarkan di sini iaitu Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, X-Point, Z-wire dan G-Rocky.
Nature
  • Guar Petai / Frog Hill 
    • Kampung Guar Petai, 14400 Tasek Gelugor, Penang
  • Air Terjun Titi Kerawang 
    •  Jalan Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  • Bukit Mertajam Recreation Forest
    •  Alamat: Jalan Kolam, Mukim 15, Cherok Tok Kun, 14000 Penang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00 am – 7.00 pm)
  • Tropical Spice Garden - Teluk Bahang
    •  Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9:00am – 6:00pm)
    • Bayaran: 
      • Audio Tours: Dewasa RM31 | Kanak-Kanak RM18 | Warga Emas RM25 
      • Guided Tours: Dewasa RM48 | Kanak-Kanak RM25 | Warga Emas RM38 
      • Night Walks: Dewasa RM85 | Kanak-Kanak RM65 | Warga Emas RM58.50 
      • (Dapat Diskaun Sekiranya Tiket Dibeli Secara Online)
    • satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa.
    • Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Night walks
  •  Tropikal Fruit Farm - Teluk Bahang
    •  Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
    • Bayaran Guided Farm Tour: Dewasa RM40 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM30
    • Kalau anda nak merasa buah-buahan tempatan yang aneka jenis
  • Taman Rama Rama Entiopia - Teluk Bahang 
    •  No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM49 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM29 
  • Saanen Dairy Goat Farm - Balik Pulau  
    •  298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang.
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)
    • Bayaran Masuk: Percuma
    • Ladang ini terletak berhampiran dengan Jalan Sungai Pinang dan ia mengeluarkan berbagai produk yang di hasilkan oleh susu kambing seperti susu, yogurt dan jelly kambing
  •  Taman Negara Pulau Pinang- Balik Pulau
    •  Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.
    • Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3
  •  Pusat Konservatif Penyu - Tg Bungah 
    • Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
    • Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)
    • Bayaran Masuk: Percuma
  •  Pulau Jerejak 
    • Pulau Jerejak adalah sebuah pulau yang bukan sahaja kaya dengan tarikan flora dan fauna yang mendamaikan jiwa kerana ia juga menyimpan banyak sejarah yang menarik untuk diketahui. 
    •  Untuk pengetahuan anda, suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak pernah dijadikan sebagai tempat pesakit-pesakit berjangkit ditempatkan iaitu dari tahun 1871 hinggalah 1969. 
    • Dan daripada tahun 1948 hingga 1993 pula, Pulau Jerejak digunakan sebagai lokasi untuk pembuangan banduan. 
    •  Pulau ini juga dipercayai pernah digunakan oleh pihak Jerman sebagai markas kapal selam ketika peperangan dunia kedua. Banyak sekali ‘memori’ yang disimpan pulau ini. 
    • Bermula daripada tahun 2000, pulau ini telah dibangunkan sebagai pusat eko-pelancongan yang menarik untuk diterokai.
  •  The Habitat - Bukit Bendera 
    • The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang
    • Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu Dan Cuti Umum 
    • Standard Walk: 9.00 am – 5.30 pm (Keluar Sebelum 7.00 pm) 
    • Sunset & Night Walk: Selepas 5.30 pm (Kemasukan Terakhir Pada Pukul 7.00 pm (Keluar Pada/Sebelum 8.00 pm)
    • Bayaran Masuk: 
      • Dewasa RM53 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM31.80 
      • Sunset Walk: Dewasa RM74.20 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM42.40
    • The Habitat terdapat beberapa buah taman bunga yang bertema seperti Fragrant Garden, Ginger Garden, Fern Garden, Butterfly Bank dan Palm Grove. Anda boleh memuaskan semua deria sentuh, rasa, hidu dan pendengaran sewaktu berada di sini.


No comments:

Post a Comment