Monday, June 8, 2020

Kursus Kahwin

Image result for project kahwin

Kursus kahwin

hye peepss...
topik #Projek Kahwin kali nie ialah Kursus Kahwin. 

setiap pasangan yang nak berkahwin..
kena pergi kursus kahwin.
atleast sekali... 

dolu dolu.. masa cik purple masih belajar..
ade jugak uni anjurkan kursus kahwin kat kampus...
tapi.. masa tu kita belom terasa nak kahwin kan... 
so.. x de la pergi..
pastu dulu.. berangan.. nak pergi kursus kahwin dengan bakal shuben.. 
so.. masa program tu dibuat.. xde shuben..
so.. xde la jugak pergi.. 


Kepentingan kursus kahwin 


Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu.

Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.

Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.



No comments:

Post a Comment