Air Terjun Sg. Pandan
Air terjun yang sejuk dan damai sangat sesuai kepada pengunjung yang ingin beriadah sambil menenangkan fikiran. Air terjun Sungai Pandan merupakan air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar.
Air terjun yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang merupakan destinasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti berkelah, bermain air dan perkhemahan.
Jarak antara Air Terjun Sungai Pandan dengan bandar Kuantan kira-kira 25 kilometer ini pastinya akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.
Terdapat juga pelbagai kemudahan telah disediakan seperti tempat letak kereta, surau, tandas, pondok berehat, gerai makanan, kolam mandi kanak-kanak, padang dan banyak lagi.
Selain itu, pengunjung juga boleh bersiar-siar di sekitar jungle trails dengan melihat pemandangan di sekitar air terjun yang dihiasi dengan pokok-pokok besar seperti meranti, keruing dan damar serta turut terdapat pelbagai spesies bunga.
Air terjun ini sering menjadi pilihan utama pengunjung ketika cuti hujung minggu dan sekolah kerana air dan kawasan sekitarnya yang terpelihara kebersihan serta keselamatan juga terjamin.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm)
No comments:
Post a Comment