Sunday, June 14, 2020

Resipi Yee Mee Berkuah

Cik May..: Resepi Yee Mee Sup Mudah Kegemaran Qaira

Resipi Yee Mee Berkuah


Bahan-bahan diperlukan: 

  • 4 keping yi mi kering 
  •  3 ulas bawang putih (Dicencang)
  •  1 sudu teh lada hitam kisar 
  •  100 g isi ayam (Dipotong kecil) 
  •  100 g bebola ayam 
  •  1 cawan air 
  •  1 kiub pati ayam 
  •  100 g bunga kubis 
  •  1 batang lobak merah (Dipotong) 
  •  1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh dengan ½ cawan air) 
  •  1 pokok daun bawang 
  •  1 pokok daun sup 
  •  3 sudu makan minyak masak 
  •  Garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi. 
  2.  Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kemudian kacau rata. 
  3.  Masukkan air, kiub pati ayam, bunga kubis, lobak merah, dan garam. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan masakkan lagi sehingga mendidih. 
  5.  Tuangkan ke dalam pinggan berisi yi mi. 
  6.  Taburkan daun bawang dan daun sup di atasnya dan hidangkan semasa panas.



No comments:

Post a Comment