Sunday, May 10, 2020

China Town, Singapore

Top 10 Things to Do in Chinatown, Singapore

China Town, Singapore


Jika anda pernah melancong ke China, Chinatown yang berada di Singapura ini akan membangkitkan memori lama anda di sana. Dari kedai-kedai kecil mom-and-pop dan makanan-makanan asli Cina kepada tanglung merah terang, wujudnya kemeriahan dan keseronokan di daerah ini. 

 Anda boleh melawat Pusat Warisan Cina dan melihat sendiri kuil Hindu Sri Mariamman yang begitu indah dan mengagumkan. Satu lagi kuil yang berbaloi untuk dilihat adalah kuil Buddha Tooth Relic. 

Jika anda bangun awal pagi (sekitar 4 pagi), anda pastinya dapat mendengar majlis drum pagi. Atau anda boleh sahaja melihat sendiri upacara penutupan pada waktu petang setelah selesai melihat kawasan-kawasan peninggalan sejarah yang ada.

Penanda warisan telah dipasang di seluruh kawasan dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina (Simplified) agar para pengunjung boleh memahaminya dengan lebih mudah akan kepentingan kawasan-kawasan terbabit. 

 Namun, tempat ini bukan sekadar menjadi bukti kepada kesan pengaruh Cina di seluruh Singapura pada masa lampau tetapi, ia adalah kawasan kejiranan yang progresif (dengan Wi-Fi percuma) dan rumah-rumah yang ada penuh bergaya menganjur ke kawasan Ann Siang Hill, di mana bistro menarik dan butik-butik mewah beroperasi seperti yang dapt di lihat di bandar Barat. 

 Ini adalah salah satu tempat menarik di Singapore yang tidak patut anda hiraukan jika bertandang ke Singapore.


272 South Bridge Rd, Singapore 058821



No comments:

Post a Comment