Friday, May 8, 2020

Sirah Rasul : Rumah Arqam Bin Abi Arqam


Rumah Al Arqam Bin Abi Arqam

Rasulullah s.a.w memilih rumah Al-Arqam bin Abi al Arqam sebagai pusat tarbiyah dan mempelajari islam. Nama sebenarnya Al-Arqam bin Abdul Manaf bin Asad Al-Makhzumi,beliau adalah golongan awal memeluk islam,beliau juga menyertai Rasulullah berhijrah ke Madinah . 

Baginda pernah menghadiahkan kepada Al-Arqam sebilah pedang yang digunakan baginda ketika peperangan Badar. Baginda melantik Al-Arqam sebagai Amil zakat pada waktu kecemerlangan Islam di Madinah. Al-Arqam wafat pada tahun 53 hijrah di Madinah, jenazahnya disolatkan oleh Saad bin Abi Waqqas. 

Rumah al-arqam terletak di bukit sofa, tempat Rasulullah bersembunyi. Disinilah pusat tarbiyah bagi golongan terawal memeluk islam sehingga jumlah pengikut islam seramai 50 orang termasuk Saidina Umar Al-Khattab.

Para sahabat yang mengikuti tarbiyah Rasulullah s.a.w di rumah al-arqam akan menyebarkan dakwah islam kepada orang lain yang dipercayai, Saidina Abu Bakar As Siddiq berdakwah kepada orang-orang terpilih dari kalangan sahabat beliau yang sentiasa bermuamalah dengan beliau, maka beberapa sahabat masuk islam hasil dakwah Abu Bakar seperti Usman Bin Affan,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Talhah bin Ubaidillah dan Abdul Rahman Bin Auf.

Rumah al-arqam berperanan menjadi pusat tarbiyah menerima penganut islam yang baru sehinggalah islamnya Umar bin Alkhattab pada zulhijjah tahun ke- enam dari kenabian Rasulullah s.a.w.

Said bin Musayyab (ulamak besar Tabi’en) meriwayatkan bahawa: Islamnya Saidina Umar selepas penganut islam berjumlah 40 lelaki dan 10 perempuan, setelah keislaman Umar maka dizahirkan islam di Mekah.


No comments:

Post a Comment