Friday, May 8, 2020

Sirah Rasulullah : Dakwah Secara Rahsia


Dakwah Secara Rahsia

Setelah turunnya wahyu yang pertama(surah al-alaq 1-5),Rasulullah berdakwah untuk islam secara rahsia dan sembunyi di Makkah.Rasulullah menyeru secara rahsia kerana berhati-hati dari kaum Quraisy dibimbangi mereka terkejut dengan ajaran islam lantaran pegangan kuat mereka terhadap fahaman penyembahan berhala. Baginda tidak menzahirkan dakwah islam dalam majlis-majlis umum dan baginda tidak berdakwah melainkan terhadap individu terpilih dari kalangan keluarga dan sahabat handai yang mengenali baginda

Golongan yang mula-mula memeluk islam ialah :- · 
  •  Khadijah binti khuwailid r.a · 
  •  Ali bin Abi Talib r.a · 
  •  Zaid bin Haritsah r.a · 
  •  Abu Bakr bin Abi Qahafah Assiddiq r.a · 
  •  Usman bin Affan r.a · 
  •  Zubair bin Awwam r.a · 
  •  Abdul Rahman bin Auf r.a · 
  •  Saad Bin Abi Waqqas r.a 
 Mereka semua berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan bersembunyi,mereka akan pergi ke lembah Mekah yang tiada orang apabila ingin beribadat kerana dibimbangi dilihat oleh kaum Quraisy


No comments:

Post a Comment