Nasi Dagang Atas Tol
Bagi yang masih belum tahu, nasi dagang adalah salah satu makanan tradisional yang cukup terkenal di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ni memiliki cara masakan nasi dagang mereka tersendiri.
Untuk mencuba nasi dagang Terengganu, salah satu restoran dengan hidangan nasi dagang yang terbaik di Kuala Terengganu adalah kedai Nasi Dagang Atas Tol.
Kecukupan rasanya tidak seperti di kedai-kedai lain, memang kaw apatah lagi bila dihidangkan di atas daun pisang! Tak cukup dengan itu, saiz hidangannya juga sangat mengenyangkan perut. Jangan lupa untuk melengkapkan hidangan ini dengan menikmati teh peng berbuihnya yang juga dikatakan antara yang paling best pernah dinikmati.
Nasihat untuk anda yang bercadang nak makan nasi dagang di sini, datanglah seawal yang mungkin, sebab kalau terlewat sikit je untuk bersarapan, dalam sekitar pukul 10.00 pagi, kemungkinan besar nasi dagangnya dah licin.
T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
No comments:
Post a Comment